Isnin, 9 Mei 2016

Walimah

Aku rasa seperti kembali kepada 11 Januari 2015.

Aku sangkakan aku okay, tapi sebenarnya aku tak okay. Aku cuma terleka sebentar. Permasalahan sebenar belum pun selesai.

Tuhan hadirkan kau untuk membantu aku perlahan-lahan bangkit dalam tidak sedar.
Setahun.
Budimu telalu besar.

Dan kini kau telah menikah. 
Aku doakan yang baik-baik buat kau dan suami.
Sayang kalian.

Tiba-tiba langit tampak lebih biru,
Dahan pokok terlebih gemalai dibuai angin,
Kesunyian bergema lebih nyaring daripada biasa.

Seolah-olah deria aku bangkit dari tidur yang panjang.

Semoga berjaya, Shazni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.