Rabu, 8 April 2015

Hari ke 87.

Selama yang saya mampu ingat, saya rasa kehidupan bermula ketika saya pertama kali berjumpa dengan awak.

Begitu juga tulisan-tulisan di blog ini yang mulai hidup saat awak mulai hadir dalam hidup saya.

Beberapa tahun berlalu, saya berhenti menulis. 

Saya berhenti menulis kisah-kisah imaginasi di sini, dan merealitikan fantasi dengan awak.

Kerana tiada bait kata yang mampu menzahirkan rasa seindah tingkah yang melafazkan cinta.


Awak begitu semangat memulakan tahun 2015, tahun jubli Perak bak kata awak. Tiada satu petanda pun yang membuatkan saya mengambil serius bahawa awak akan pergi selama-lamanya.

Dan sekarang awak telah tiada. Ini bukan kisah rekaan, ini bukan tulisan sekadar melampiaskan bait puitis, tidak.

Muhammad Saiful A'izat, cinta hati saya, pengubah hidup saya, sudah tiada.

Dan seingat saya, saya tidak ada memori yang betul-betul bermakna sebelum Jun 2010.

Dan saya terpaksa membuka buku baru bermula 11 Januari 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.