Jumaat, 8 Mac 2024

Vignette

 "Apa khabar? Lama takjumpa."

Ringkas. Bersahaja. Tapi hati aku rasa macam nak pecah.

Aku okay je tadi. Tapi sekilas bayang dia mampu buat dada aku rasa nak pecah. Aku taksangka aku masih mampu rasa macam ni. Aku taksangka aku masih ada perasaan ini. Perasaan yang aku cuba lupakan selama bertahun-tahun lamanya. Perasaan yang buat aku membawa diri jauh dari semua orang. Jauh dari Kuala Lumpur. Jauh dari kau.

"Aku okay. Sorang je?"

Soalan spontan. Soalan berbasa-basi. Soalan bodoh. Tersasul tanya tak ada ubatnya. Matanya makin jelas terluka, terluka dengan soalan bodoh kau. 

"Ya, aku seorang je." Dari ekor mata, kau nampak dia membetulkan sangkutan beg galas. Nampak berat. Taktahu dalam perjalanan balik atau baru sahaja sampai. Mata merah. Tak cukup tidur. Atau mungkin merah sebab menahan rasa hati. 

Kami berdua senyap. Ternyata tiada apa yang boleh dibualkan. Kenangan lama terlampau segar lagi bermain di kotak fikiran masing-masing. Kami hanya mampu berdiri diasak perasaan sendiri. Luaran nampak tenang. Orang sekeliling lalu lintas. Tapi dalam hati kami, ribut.


Rabu, 24 Mei 2023

Oceans

Aku tak rasa aku boleh lari daripada sentiasa menginginkan kisah atau tulisan atau lagu yang pahit manis. I want to feel that tinge of sadness, but not from my story. From somewhere else's, be it fiction or non-fiction. I almost need it. I want to drink an ocean of feelings from those kind of stories, I want to...feel. 

Rabu, 20 Julai 2022

Perpisahan.

Hari ini satu kisah cinta tamat. Mengakhiri pengharapan, kenaifan zaman remaja. Yang indah-indah lesap membawa diri ke alam nyata. Satu langkah ke alam dewasa bilamana kehilangan menjadi satu resam. 

Rabu, 29 Mei 2019

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Kita, yang wujud hasil pantulan serpihan-serpihan cermin yang memenuhi sepanjang perjalanan kita menuju ke Tuhan yang Satu.

Ada kalanya warna yang terpalit tidak sengaja ketika kita alpa, terus kekal di situ tanpa kita sedar dan kita bawa bersama ke hulu ke hilir sehingga satu masa apabila kita peduli untuk melihat kembali diri kita; baru kita perasan adanya kotoran di situ. Jika cantik, maka biarkan sajalah. Apa salahnya? Tapi kalau lagi menjelikkan rupa..haruslah kita segera cuci, bersihkan.

Ketika ini, cermin-cermin yang bersepah sepanjang jalan tidak sengaja wujud selama ini tanpa sebab. Ketika kita peduli untuk periksa pakaian kita, rupa kita, maka kita sedar bahawasanya, rupa-rupanya cermin itu ada di mana-mana.

Yang selama ini kita tidak terperasankan.

Kau, adalah cermin aku.
Kita, umpama yin dan yang.

Di saat aku alpa dan cuba kembali mengejar tuhan, atau lemas dalam timbunan cuba mencari dan mengenal diri sendiri, aku kini sering terperasankan kehadiran serpihan cermin yang paling terang membiaskan cahaya, yang paling menyilaukan mata lantas sering kali, setiap kali, lagi dan lagi, menyedarkan aku akan nilai nilai yang tuhan ajarkan.

Cinta, antaranya, yang mengajar aku untuk sering mencuba menjadi insan yang lebih baik.
Ikhlas, tidak mengejar ganjaran tuhan semata-mata tapi kerana menginginkan keabadian murni yang tersemat dalam diri.

Semoga ruh kita diberkati tuhan.
Selamat ulang tahun kelahiran, wahai insan yang aku anggap dihadiahkan tuhan sebagai tanda kasihNya.
Semoga tuhan restu.



Isnin, 4 Disember 2017

Realisation

Hey look,

I'm still here.

Sabtu, 28 Januari 2017

A hopeless romatic.

Endless loop: I Would Be In Love Anyway - Frank Sinatra

You see, that's the good thing about running. You reflect on life while you are struggling with your pacing and breathing. 

It can be beautiful, and it can be painful at times.

All the memories are flushing in as I'm trying my best to reach 3km.

Isnin, 5 Disember 2016

Learning to let go

Is it even possible for you to be sad all the time?
I'm not alone but I feel lonely more than ever.

Ada apa dengan kesedihan yang berpanjangan ini?

Aku meraikan cinta dengan kasih yang membuak-buak
Sehingga lemas

Kasih
Aku terpaksa membutakan hati untuk selamatkan kamu.

Jumaat, 2 Disember 2016

Give, and see good comes to you.

Dunia ini tidak berputar sekitar saya.
Saya harus tahu toleransi dan bijak.