Jumaat, 8 Mac 2024

Vignette

 "Apa khabar? Lama takjumpa."

Ringkas. Bersahaja. Tapi hati aku rasa macam nak pecah.

Aku okay je tadi. Tapi sekilas bayang dia mampu buat dada aku rasa nak pecah. Aku taksangka aku masih mampu rasa macam ni. Aku taksangka aku masih ada perasaan ini. Perasaan yang aku cuba lupakan selama bertahun-tahun lamanya. Perasaan yang buat aku membawa diri jauh dari semua orang. Jauh dari Kuala Lumpur. Jauh dari kau.

"Aku okay. Sorang je?"

Soalan spontan. Soalan berbasa-basi. Soalan bodoh. Tersasul tanya tak ada ubatnya. Matanya makin jelas terluka, terluka dengan soalan bodoh kau. 

"Ya, aku seorang je." Dari ekor mata, kau nampak dia membetulkan sangkutan beg galas. Nampak berat. Taktahu dalam perjalanan balik atau baru sahaja sampai. Mata merah. Tak cukup tidur. Atau mungkin merah sebab menahan rasa hati. 

Kami berdua senyap. Ternyata tiada apa yang boleh dibualkan. Kenangan lama terlampau segar lagi bermain di kotak fikiran masing-masing. Kami hanya mampu berdiri diasak perasaan sendiri. Luaran nampak tenang. Orang sekeliling lalu lintas. Tapi dalam hati kami, ribut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan.