Isnin, 2 April 2012

Maghrib dah datang lagi. Amira yang sedang khusyuk makan chocolate moist cake sesudu demi sesudu, terbejat seketika. Dia renung skrin komputer lama-lama. Tak kurang 8 tab yang running. 

Oh. Malam dah datang.

Amira tak boleh solat. Jadi Amira tak pergi mana-mana. Lagipun Amira dah mandi lepas balik kelas tadi. Amira diam lagi, memikir. Sudu plastik putih bekas makan chocolate moist cake masih di bibirnya. Bersih, dijilat-jilatnya tadi sampai kembali putih sudu tu, macam tak pernah di guna pun. (Sebab chocolate moist cake mahal. Rm3.50 untuk kek coklat yang cuma setinggi satu inci setengah, selebar 3 inci setengah; segi empat sama.) Amira mana kaya nak makan sedap-sedap setiap hari. Duit pinjaman pun kena jimat-jimat. Habis duit pinjaman, nak korek mana? Pasir?

Amira masih tatap skrin laptop lama-lama. 

Alt+F4.

Amira bukak browser baru. Duduk tegak beberapa saat; kemudian Amira hentak kepala ke meja kuat-kuat.

Amira pengsan.

 Dua, tiga minit lepas tu Amira bangun, dengan benjol di tengah-tengah dahi; yang lama-lama membentuk jadi mata ketiga.

Amira bukan Amira lagi. Mata Amira putih, badan Amira tegak. Jari-jemari Amira tak berhenti-henti menghentak keyboard. Pandangan Amira hanya lurus ke depan. Sambil malam beranjak ke tengah, Amira tak berhenti-henti cuba buat malicious packet.

Amira pelajar IPTA. Amira guna duit pinjaman untuk sambung belajar. Sekarang Amira tahun akhir, dan Amira sedang cuba lulus projek tahun akhirnya. Amira hafal buta-buta nota kuliah, Amira paksa diri dapat A setiap kali test. Tapi sampai sekarang Amira tak ada jiwa pun.

Nanti habis belajar, Amira nak kerja gaji tinggi-tinggi. Supaya dapat bayar balik duit pinjaman, dapat bayar cepat-cepat bagi langsai. Lepas tu Amira tak tahu nak buat apa dah.

Amira tak tahu apa yang dia belajar sebenarnya.

3 ulasan:

Katakan.