Sabtu, 5 Mei 2012

Lewat petang tadi, waktu aku terkocoh-kocoh turun tangga elarti Pasar Seni, aku lalu laju sebelah pasangan ibu dan anak. Melepasi mereka dengan laju, sekilas, telinga aku dapat tangkap suara anak kecil tu.

"Mama, KLCC ada dua C C kan? Dia ada dua menara sebab tu dia panggil C C. He he.."

Dari aku laju-laju turun tangga tu langkah aku ter-perlahan sebaik sahaja aku berada di hadapan diorang. Aku tersenyum. 
Betapa naifnya suaranya. Betapa gembiranya suaranya sebab berasa dirinya genius dapat menyelesaikan misteri KL-CC. Sambil tangannya sebelah dipimpin emaknya, sebelah lagi jilat ais krim.

Comelnya.

Emaknya menyahut ringkas sahaja mengiyakan. Macam dengar tak dengar.  Tapi gembiranya budak tu aku dapat rasa. 
Dalam nadanya gembira, aku dapat hidu bau-bau...pengharapan.

Kenapa mama tak cakap abang pandai?
Cakaplah abang pandai, mama..

4 ulasan:

Katakan.